Thursday, April 23, 2009
Wednesday, February 4, 2009
smile!!
Monday, February 2, 2009
cerpen : segalanya mungkin
Aku melempar pandangan kearah sekumpulan remaja perempuan yang berada berdekatan dengan meja yang aku dan Fareez duduki. Hilai tawa mereka cukup menggamatkan suasana. Kalau nak ikutkan memangla x elok anak dara berkelakuan begitu tetapi kalau diimbas kembali zaman remajaku, pasti kejadian yang sama juga turut berlaku bila ada perkara yg mencuit hati kami. Aku mengelamun mengenangkan zaman yang cukup indah itu. Kenangan bersama teman2 di politeknik sudah pasti x akan aku lupakan sampai bila2 walaupun kini masing2 telah membawa haluan sendiri. Tanpa disangka terukir senyuman dibibirku. Aku terus mengelamun…
“Maksu, nak sos lagi” rengekan Fareez, anak saudara aku itu cukup menghilangkan kenangan lama yg sedang aku kenangi.
Aku segera menuang sos ke pinggannya. Budak ni kalau dapat makan KFC mmg hilangla buasnya. Aku tersenyum kearahnya.
“Maksu..maksu..mana paksu ni..lambat betulla”. Si kecil mula merungut apabila yang ditunggu x jua kunjung tiba.
Aku segera memaling kepala kekiri dan kekanan mencari2 kelibat tunangku.
“Tunggula, satg sampaila tu. Td dia dh bgtau maksu, dia dh kluaq dr rumah”. Aku
“Maksu..maksu..
“Orang mana?”. Aku tercari2 orang yg dimaksudkan.
“Tu, orang tu. Yang pakai topi hitam tu.” Balas Fareez sambil mulutnya menjuih kehadapan.
Aku segera menoleh kearah yg dimaksudkan oleh Fareez dan tiba2 mataku tertancap kearah seseorang. Mataku merenung tajam kearahnya untuk memastikan kesahihannya.
“Najib!?”. Perlahan nama itu terpacul dari mulutku.
Dia memandangku erat dan menghadiahkan senyuman mesra buatku.
Aku kaget! Namun aku
“Maksu kenalka?”. Tiba2 Fareez bersuara lagi.
“Ha, kawan lama maksu kot”. Aku
Tidak lama kemudian aku nampak Najib bangun dan menuju kearah meja kami, aku menjadi kalut. Aku
Seketika kemudian…
“Assalammualaikum..” sapa seseorang sambil menarik kerusi dihadapanku dan terus melabuhkan punggungnya.
“Waalaikummussalam..” balasku dengan perasaan getar berbaur gembira. Aku mengalih muka kehadapan dengan penuh pengharapan.
“Abang..?” aku terkejut dan aku mengalih pandangan kearah meja Najib. Aku nampak Najib sedang membetulkan duduknya sambil terus memandangku.
“Eh, kenapa ni..Macam terkejut ja..Sorila abang terlewat, ada kemalangan kat jalan td.” Rizal menjelaskan kelewatannya.
“Ha..xdak apala. Oo..ingatkan kemana yang lewat ni.” Aku
“Eh, kenapa Nur x makan dengan Fareez? Nur tunggu abangka?Td
“ Xlah, Nur pun kenyang td. Tu malas nak makan tu.” Aku membalas.
“Abang, Fareez pun dah habis makan ni, jomla kita ke kedai emas tu. Mak dah pesan td, jangan balik lewat sgt” Aku menyambung lagi.
“Ha, jomla..tp tunggu kejap,biar abang basuhkan tangan Fareez dulu ya.” Aku mengangguk sekali. Rizal segera membawa Fareez kearah sinki.
Aku mengambil kesempatan yang ada untuk melihat Najib buat kali terakhir sebelum aku pergi.
Kelihatan Najib rancak berbual dengan kawan-kawannya dan dia langsung tidak melihatku hinggalah aku bangun meninggalkan meja itu. Aku sedikit kecewa. Sesungguhnya aku teramat rindukannya dari dulu hinggalah kesaat ini. Dia adalah putera impian yang kuimpikan suatu ketika dahulu, namun hubungan kami x berkekalan kerana salah faham.
Malam itu aku x dapat melelapkan mata. Aku masih mengenangkan pertemuan siang tadi. Aku pun x pasti mengapa hingga kini aku x dapat melupakannya. Tiap kenangan bersamanya sentiasa bermain difikiranku. Malah detik perkenalan kami juga turut segar diingatanku hingga kini. Dunia chatinglah yang telah menemukan antara aku dan dia. Kami bertemu beberapa kali sebelum declare untuk bercinta. Saat itu sungguh indah bagi kami berdua. Namun dek kerana salah faham, dia minta agar kami berpisah kerana bimbang x dapat beri kebahagian kepadaku. Berkali2 ku mohon maaf dan berkali2 juga kutegaskan bahawa aku akan
Tanpa kusedari airmataku mengalir perlahan apabila mengingati semua itu. Aku x mampu untuk menahannya..aku memang terlalu rindukannya..
Bila rindu…terkenangmu sayang…
Tiba2 telefon ku berdering. Pasti Rizal kerana aku telah setkan lagu bila rindu itu untuknya.
“ Hello abang ..” aku
“ Hello Nur, Nur abang nak bertolak ke Kelantan dahni. Nur doakan abang selamat sampai ya..” Rizal akan bertolak ke Kelantan kerana ada urusan perniagaan disana yang perlu dia uruskan.
“ Eh, kenapa malamni pulak. Abang kata nak bertolak lepas subuh esok” aku melihat jam dinding yang menunjukkan jam 9.00 malam.” Aku segera bangun bersandar dipenjuru katil sambil menyapu saki baki air mata.
“Xpala, abang takut letih esok. Abang bertolak malamni, sampai nanti abang tumpang rehat kat rumah kawan abang. Sempatla abang rehat2. Lagipun dah lama abang x jumpa kawan abang tu, boleh jugak abang berbual panjang dengan dia nanti..Nur x payah risaula, abang bawak keta baik2la nnt. Kalau jd apa2pun, bleh jugak Nur cari pakwe baru..btoi x?” Dia mengekek dihujung talian. Bergurau.
“Ha, cakap merapu.” Aku mendiamkan diri. Merajuk.
“
“Em..Nur pun sayang sgt kat abang…abang bawak kereta elok2 tau..hati2..dah sampai nnt, jangan lupa call Nur” aku x jadi merajuk kerana takut akan menggusarkan hati Rizal.
“Yalah sayang, abang pergi dulu ya..kirim salam kat mak mertua abang tau…assalammualaikum..sayang Nur sgt2..muahh..” dia begitu riang sekali mengakhiri perbualan..
“Insyaallah..hati2 tau.. waalaikummussalam..syg abang jugak...”aku menamatkan perbualan.
Aku tersenyum lebar mengakhiri perbualan dengan Rizal. Dia cukup suka berjenaka. Aku cukup terhibur sepanjang aku mengenalinya. Aku menarik patung sinchan yang dihadiahkannya lalu ku peluk erat. Aku rasa sungguh bahagia bersamanya. Aku mengelamun mengenangkan kenangan manis bersama Rizal…
Tiba2 mataku terpandang komputer yang berada di hujung katil. Lama x bukak myspace dan friendster, rindu pula rasanya, lantas aku segera menekan ON pada cpu. Kemudian aku segera membuka laman myspace dan friendster.
Tiba2 seseorang private massage padaku…
orang itu memulakan bicara.
aku sedikit terperanjat..dahla siang td jumpa..malam pun jumpa lagi…hati aku menjadi berdebar2…
dia terdiam…aku masih menanti dengan sabar…
aku pula terdiam…hati aku seakan2 goyah dengan kata2nya…namun aku gagahkan juga untuk mempertahankan diri dr pujukannya. Aku
aku terdiam lagi… memang ini yang aku impikan suatu ketika dahulu… malah malam ini juga hatiku sedang bergelora dengan kata2nya itu. Aku memang terlalu merinduinya tetapi aku tidak boleh meneruskannya kerana aku dah ada Rizal. Aku pejamkan mata serapatnya sambil menekup muka menyesali apa yg terjadi..
usahlah kau bersedih..dihadapanmu aku hadir…
tiba2 telefon ku berdering dan aku menatap no baru di skrin telefonku…entah siapalah yang telefon waktu2 mcmni…
“hello..” aku mengangkat telefon..
“hello..ini cik Nurin Qistina ka? Terdengar suara serak lelaki di hujung talian…
“ ya..saya..”aku mengamati suara tersebut.
“cik kenal Rizal bin Osman?” suara itu terus bersuara.
“ya..dia tunang saya” aku menjawab lancar.
“saya dari balai polis Sungai Petani, nak memaklumkan bahawa Rizal bin Osman, telah terlibat dalam kemalangan di jalan Bakar Arang, dan mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian.” Polis itu menjelaskan dengan panjang lebar.
“ ha???!!!” aku terjelepuk jatuh ke lantai sesudah mendengar penjelasan itu…aku menangis semahunya…
Seketika kemudian mak meluru masuk ke bilikku kerana terdengar tangisan ku yang agak kuat dan bertanya apa yg telah terjadi….
Aku hanya mampu memeluk dan menangis dibahunya sahaja…
Aku menghulurkan telefon kepada mak..aku biarkan mak mendengar sendiri apa yg telah terjadi…
Mak mengeratkan pelukan apabila mengetahui apa yg telah terjadi…mak turut mengalirkan airmata kepiluan..
Mak memapahku berjalan ke katil. Aku rasakan duniaku kelam tiba2..mana mungkin Rizal meninggalkan aku disaat2 begini.. Esakkanku semakin menjadi2 hingga seakan-akan tiada ruang untukku bernafas dengan lancar lagi..
Seketika kemudian aku
“Adik tenangkan diri kejap ya, lepastu siap2, kita pergi ke hospital dengan abang Imran.” Mak lantas keluar dari bilik.
Airmataku mengalir laju…aku x mampu menahannya…terngiang2 gelak tawa Rizal seketika tadi..aku menjadi semakin pilu..aku menangis semahunya..
Tiba2 mataku tertancap pada skrin computer yang mana Najib masih setia menanti disana..
Aku gagahkan juga bangun dan menekan papan kekunci..
tangisanku berlarutan…
tangisanku menjadi2 pula…
aku terus menutup computer dan bersiap2 untuk ke hospital..
lebih kurang 45 minit kemudian, kami pun sampai di perkarangan hospital. Aku terlihat kelibat adik dan anak saudara Rizal di kawasan berhampiran dan aku terus meluru kearah mereka.
“ adik, mana yang lain? Mayat abang mana?” aku terus menyoalnya..
“ doctor benarkan mak masuk untuk cam mayat abang..ayah dengan akak ada kat tepi tu..” dia menjawab perlahan, dan dapat ku lihat airmatanya kembali mengalir tatkala menjawab soalanku..
Aku lantas memeluk tubuh genit itu..aku pasti dia sedih dengan apa yg telah berlaku. Airmataku terus menerus mengalir… aku terasa sungguh pilu disaat itu.. baru ku sedar perlakuan pelik Rizal sejak akhir2 ini..dia begitu sibuk hendak membeli cincin perkahwinan sedangkan kami akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Dia bimbang tidak sempat untuk membeli sedangkan kami masih ada 6 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Aku memejamkan mata membiarkan airmataku mengalir bersama kenangan2 itu. Aku x mampu menahannya lagi dan aku x mahu menahan kesedihan itu kerana aku mmg terlalu sedih dengan apa yg telah terjadi…mak mendekatiku dan menggosok2 lembut belakangku…
Tiba2 dalam kesamaran malam, aku terlihat suatu kelibat sedang merenungku dengan penuh kesayuan dan pengharapan..Aku mengamatinya…Najib sedang berdiri disitu merenungku…
Aku terus mengalirkan airmata kepiluan…Sesungguhnya sedih, pilu dan gembira silih berganti dalam hidup kita…
-cerpen ni aku wat sendiri, komen2 la na..-:P